Monday, August 31, 2009

Merdeka 52

30 Ogos baru saja berlalu. Sedar tak sedar rupanya dah 52 tahun kita merdeka. Walau pun di dalam bulan puasa dan suasana kurang selesa campur bimbang dengan wabak selesema kerbau pendek H1N1 yang sedang menular sekarang ini, sambautan Hari Kebangsaan disambut secara sederhana tapi meriah dimana-mana (Oh ya 'kerbau pendek' tu nama lain untuk sang 'babi' bagi orang tempat saya). Kita sambung balik, cuma yang Tok Abah tak berapa seronok ialah kibaran jalur gemilang di premis-premis dan kenderaan amat dingin sekali. Kalau kereta tu cuma letak kat cermin depan sahaja bukan nak rosak kereta pun, ya dak? Lagipun semahal-mahal kereta manalah boleh nak dibandingkan dengan harga kemerdekaan yang kita perolehi dan kecapi hingga sekarang...Yalah kalau kita masih di bawah penjajah berapa orang sangat orang kita yang mampu berkereta mewah macam sekarang ni? Saya ada tengok video kemerdekaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Akib Negara. Wah..orang dulu sungguh bersemangat menentang penjajah dan menyambut Peristiharan Kemerdekaan oleh Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj. Kenapa hari ini semangat begitu mesti luntur?? Jadi eloklah kita ketepikan apa jua bentuk perbezaan yang ada yang boleh menjejaskan perasaan dan semangat cintakan negara yang kita cintai ini....MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

No comments: