Friday, December 24, 2010

SELAMAT TAHUN BARU MASEHI 2011

Kita kini berada dalam Tahun Baru Hijrah 1432 dan beberapa hari lagi akan muncul pula Tahun Baru Masehi 2011.  Semoga penghijrahan kita akan berterusan pada tahun baru masehi ini.  Dari yang baik kepada yang lebih baik.  Untuk berubah kita perlu beriltizam dan kekuatan minda.  Hari berganti hari, segalanya beredar.  Lalu kita juga wajar berganjak dari tapak yang lama ke tempat baru yang lebih mencabar.  Lebih besar risiko yang kita tempuh maka lebih besarlah ganjaran yang akan kita kecapi.  Ayuh kita bergerak ke hadapan dengan memberi fokus kepada peluang-peluang yang masih terbuka bukan kepada rintangan-rintangan yang belum mengapa-apakan kita. SELAMAT TAHUN BARU 2011 - HAPPY NEW YEAR 2011, MANY HAPPY RETURNS.

Wednesday, September 29, 2010

BINTANG P.RAMLEE ZON UTARA 2010

Akhirnya teka-teki tentang siapa yang akan mewakili Zon Utara ke Pertandingan Bintang P.Ramlee Peringkat Kebangsaan di Kuching, Sarawak hujung tahun ini telah terjawab bila Pertandingan Akhir Bintang P.Ramlee Peringkat Zon Utara berlangsung dengan meriahnya di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul RIdzuan, Ipoh baru lalu (25 Sept 2010).  Peserta Perak AZFARDON ZULKAMAL AZMI muncul Juara melalui lagu ADUH SAYANG.  Beliau kemudian berduet dengan NAZATUL FARAHIN MD HUSSEIN dalam lagu DALAM AIR KU TERBAYANG WAJAH.  Tempat kedua disandang oleh peserta Langkawi Sairudin Norazam Saidin dan pasangannya Norhilaili Noh Hassan.  Tempat ketiga jatuh kepada peserta Pulau Pinang Faizal Mohd Hassan dan Syaifaana Mohamad Subri.  Peserta Kedah Salimi Awang dan Naziatul Azwa Azzahan juga peserta dari Perlis Sharnizam Azzahan dan pasangannya Harmira Mohd Yusof terpaksa berpuas hati dengan hadiah sagu hati...Jadi peserta-peserta Zon lain jaga-jagalah sikit kerana Zon Utara tidak akan memberi laluan mudah kali ini..Silap-silap P.Ramlee balik ke utara tahun ini!!!

Wednesday, September 8, 2010

PANTUN RAYA

Bangun awal mandi di perigi
Fajar syawal sudah menjelang
Satu syawal kembali lagi
Membawa sinar penuh gemilang

Rendang ketupat dicampur halia
Untuk jamuan kawan dan rakan
Aidil Fitri hari yang mulia
Sama-samalah kita rayakan

Salah silap terlanjur kata
Maaf bermaaf sesama kita
Hentikan mengherdik jangan mengata
Eratkan silatulrahim itulah dipinta

Kepada semua sanak-saudara dan rakan taulan...SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN.

Monday, August 30, 2010

Harga Sebenar

Berapakah sangat agaknya ye...harga sebuah rumah banglo, kondominuim mewah, kereta hebat, atau apa lagi lah yang kita mampu miliki sekarang ini...kalau nak dibandingkan dengan harga sebuah kemerdekaan yang telah diperolehi melalui perjuangan, pengorbanan, pahit jerih, suka duka buat sekian lama.....Apatah lagi harga satu Jalur Gemilang untuk dikibarkan sempena mengingati Ulang Tahun Hari Kemerdekaan ini kalau nak dibandingkan dengan harga penat lelah dan segala pengorbanan untuk menurunkan Union Jack di bumi bertuah kita ini...Kadang-kadang kita terlupa bahawa kalau tidak kerana kita beroleh kemerdekaan, belum tentu kita mampu memiliki atau menikmati apa yang kita ada sekarang ini........SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN KITA KE 53..MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 

Wednesday, August 11, 2010

Selamat Berpuasa

Lama benar Tok Abah tak conteng kat blog ni asyik buka facebook....lebih mudah lebih happening...kadang-kadang pening! Harini Tok Abah masuk balik blog sebab nak ucap Selamat Berpuasa untuk semua kaum muslimin dan mslimat.  Minta maaf kalau ada tersalah tersilap, sengaja atau tak disengajakan..Bulan puasa ni bulan Bonus.. supermarket pun tak boleh lawan..bukan setakat beli satu free satu..tak terkira banyaknya ganjaran yang diberi Allah...Jadi yang penting keikhlasan...kita masuk ke gerbang Ramadan ni dengan tekad untuk membersih diri dan mengaut sebanyak-banyak 'bonus' yang ditawarkan.......jadi itulah yang kita mesti bermaaf-maafan di bulan yang barakah ini bukan nanti hari raya sahaja.  Sekali lagi Tok Abah nak minta maaf atas apa saja bentuk kesalahan, secara lisan ke, tulisan-sms, e-mail, facebook, blog dan lain-lain lagi.  Semoga ibadat kita diterima yang Maha Esa, doa kita dimakbulkanNya... malaikat tolong aminkan doa kita.....Alangkah beruntungnya!  Kita fikirkan yang positif, bersangka baik, Semoga Ramadan meningkatkan ketakwaan, keikhlasan serta  penyatuan sesama kita.  Bersatu atas nama Islam yang maha agong. Allah Hu Akbar!

Friday, April 23, 2010

Dulu Dan Sekarang

Dulu dan sekarang memang banyak bezanya....Dulu nak pi KL kalau tak lapan atau sembilan jam atas jalan raya tak sampai.  Kalau dari Alor Setar ke KL ramai yang berhenti 'berkelah' di air terjun Bukit Berapit atau masuk singgah kat Taman Tasik Taiping.  Kalau tidakpun kenalah berhenti kat Bagan Serai atau Kuala Kangsar atau Tanjung Malim mengisi perut.  Kereta dulu banyak yang takdak air-cond apa lagi merciklah peluh...Sekarang ni lebuh raya terbentang luas sepanjang dari utara ke selatan, barat ke timur mau apa lagi. Kereta pun merelik merelap lari macam lipas kudung sat saja ghaib....Air-cond sejuk macam dalam super market (super market sekarang ni lah).  Nak makan, nak melepas pun senang...R&R sepanjang perjalanan.  Tandas pun bersih, sampai tak sempat kita nak keluar tandas dia dah nak masuk cuci...Dulu turun Bas Ekspress dah tau belah mana tandas sebab bau dia dah menyucuk hidung.  Makan pun tak senang tapi harga bukan main mahai lagi...Sekarang ni banyak dah berubah...nak apa lagi...Nak tengok wayang semua ada dalam rumah, tak payah nak 'rush' tiket wayang di panggung kecuali yang nak bawa marka..tu pun cineplex sekarang ni bakan main selesa lagi...bukan ada pijat macam panggung dulu!  Tapi apa pun dalam menghadapi arus pembangunan, pemodenan yang canggih manggih ni kita kena jaga juga terutama anak-anak kita.  Dulu nak study mengadap pelita minyak gas (minyak tanah) lubang hidung berjelaga hitam pun tak pa....tapi sekarang dalam bilik air-cond mengadap komputer....lain yang nak cari lain yang keluar.  Kata nak buka buku, 'buku muka' pulak yang mari (face book)...sekejap-sekejap bunyi sms masuk...balas pulak..kemudian  mata tengok pula tele-novela kat TV -sejak ada Astro ni entah berapa banyak channel....Macam tu lah cabaran budak-budak sekarang nak belajar.  Diam-diam melalui face-book dah ada boy pren-girl pren pula dah...  Kurang-kurang jaga emak bapa tak sedar depa dah dok berjumpa...Bayi yang depa jumpa dalam tong sampah minta doalah...bukan 'cucu' kita.  Nanguzubillah...minta jauh!!.Jadi mau tak mau kita mesti lebih berhati-hati.  Biarlah jiran kita tegor takpa..anak kita anak depa, anak depa anak kita juga..sikap tu patut dikembalikan dalam masyarakat...baru ada berkat. Dan lagi masjid surau jangan buat tak pandang. Pelajaran akademik pelajaran agama kena seimbang. Ceramah agama walau kat TV, Radio pun kena pakat dengar..Buatlah apa cara sekalipun asal kita boleh suntik kekuatan iman dalam dada anak-anak kita.  Bab-bab lain termasuk politik letak tepi dulu bila soal anak bangsa yang kita persoalkan.....Ok cukup dulu cok kodok dan teh dah sejuk...jumpa lagi!!

Tuesday, March 30, 2010

BINTANG KECIL KEDAHFM 2010

Bintang Kecil Perengkat Negeri Kedah anjuran Kedahfm telah berlangsung pada 27 Mac 2010 hari Sabtu.  Ramai juga yang mengambil bahagian.  Pertandingan dimenangi oleh Tan Pei Xian dan Yuveena yang akan membawa 'Bendera Negeri Kedah (Kedahfm)' ke perengkat Zon Utara yang akan diadakan di Langkawi pada 27 Julai 2010.  Kalau boleh biarlah kemudian  dapat mewakili Zon Utara pula ke Perengkat Kebangsaan di Kuching Sarawak nanti!  Tahniah Tan Pei Xian dan Yuveena....All the best to both of u....

Saturday, March 13, 2010

Hujan

Setelah sekian lama kering kontang tak ada hujan di Utara Semenanjung ni, sehari dua ni hujan mula turun.  Bukan main lebat lagi! Maka tersenyumlah rumput-rumput, tumbuh-tumbuhan, pokok-pokok dan lain-lain yang memang sentiasa menunggu kehadirannya.  Tapi dalam pada tu ada juga yang meletak tangan atas dahi penuh kekecewaan..antaranya penoreh getah (pekebun kecil), penjual ais kerim dan peniaga-peniaga lain.  Ini kerana hujan selalu menghadkan pergerakan orang dan menjejaskan jualan. Penonton bola sepak pun terencat teruk .  Sekarang ni pula musim cuti sekolah dan di sana-sini ada majlis kenduri kahwin.  Kalau hujan tu tak seronoklah sikit.  Tapi pengantin seronok juga......Apa pun hujan merupakan antara nikmat tuhan yang paling besar.  Sebelum ni tak ada hujan langsung.  Sana sini orang bercakap tentang panas, panas, panas sahaja.  Sekarang hujan dah datang ada pula yang mengeluh....Manusia memang begitu.  Kehidupan memang begitu.  Yang jelas dan nyata, Tuhan itu maha adil, Allah maha mengetahui.

Sunday, February 7, 2010

SBT


TAHNIAH kepada sek-sek yang telah terpilih sebagai SBT (Sek Berprestasi Tinggi).  Dua Puluh semuanya!  Wah hebat-hebat belaka.........  Sebagai X Sdarian Tok Abah nak ucap SYABAS kepada semua Warga SDAR Seremban kerana terpilih juga antara 20 buah sekolah terbaik tersebut dan dalam 10 buah sekolah bagi ketegori sekolah  berasrama penuh.  Keep it up!

Dalam pada tu..Tok Abah nak ucap TAHNIAH dan SYABAS juga kepada sekolah anak Tok Abah yang juga terpilih antara sekolah terbaik dalam ketegori Sekolah Menengah Harian iaitu SAS...SMK Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah.Keep up the good work!

Saturday, January 16, 2010

DIRGAHAYU TUANKU, DAULAT TUANKU!

Hari ini 17 Januari 2010 bersamaan 1 Safar 1431..Hari Keputeraan KDYMM Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah Darul Aman yang kita kasihi.  Kita sembahkan ucapan Selamat Menyambut Hari Ulangtahun Keputeraan ke 82 Tuanku! Semoga Allah lanjutkan usia KDYMM Tuanku Sultan Kedah dan Tuanku Sultanah.  DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!..

Tuesday, January 12, 2010

Haa...Jumpa lagi!!

Haa...malam ni di tempat yang sama PERLIS dengan KEDAH jumpa lagi..Kalau baru-baru ni Final Piala Emas Raja-Raja, kali ni Piala Liga Super pula (tapi bukan final lah )...Apa pun minta-minta perlawanan malam ni berlangsung dengan penuh semangat kesukanan baik pemain, pegawai dan juga penonton.  Sokong habis-habisan tak apa  tapi jangan melampaui batas sudahlah......Satu lagi janganlah emosi sangat...lebih kurang sikit, jangan ambil hati...biasalah bila berlawan ni..Kalah menang adat permainan dan kita kena terima, bukan kah? Okay..kita tunggu malam ini Kedah lawan Perlis di Stadium Darulaman...Ehh..SAPA NAK MENANG GAMAKNYA NOOO......

KEDAH ___?__  PERLIS ___?__