Monday, August 31, 2009

Kad Raya



Sekarang zaman teknologi multi media. Segalanya serba canggih. Orang lebih gemar yang mudah dan pantas iaitu secara on-line atau mobile phones. Jadi Kad Raya dah susah nak jual! Tapi dalam pada tu masih ada lagi yang masih suka yang conventional atau tradisional ini.Kad contoh diatas bukan untuk ditempah! Gambar 'pinjam' dari blog Abang Putra. Sorry dah jadi mangsa Lembaga Penapis.....

Merdeka 52

30 Ogos baru saja berlalu. Sedar tak sedar rupanya dah 52 tahun kita merdeka. Walau pun di dalam bulan puasa dan suasana kurang selesa campur bimbang dengan wabak selesema kerbau pendek H1N1 yang sedang menular sekarang ini, sambautan Hari Kebangsaan disambut secara sederhana tapi meriah dimana-mana (Oh ya 'kerbau pendek' tu nama lain untuk sang 'babi' bagi orang tempat saya). Kita sambung balik, cuma yang Tok Abah tak berapa seronok ialah kibaran jalur gemilang di premis-premis dan kenderaan amat dingin sekali. Kalau kereta tu cuma letak kat cermin depan sahaja bukan nak rosak kereta pun, ya dak? Lagipun semahal-mahal kereta manalah boleh nak dibandingkan dengan harga kemerdekaan yang kita perolehi dan kecapi hingga sekarang...Yalah kalau kita masih di bawah penjajah berapa orang sangat orang kita yang mampu berkereta mewah macam sekarang ni? Saya ada tengok video kemerdekaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Akib Negara. Wah..orang dulu sungguh bersemangat menentang penjajah dan menyambut Peristiharan Kemerdekaan oleh Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj. Kenapa hari ini semangat begitu mesti luntur?? Jadi eloklah kita ketepikan apa jua bentuk perbezaan yang ada yang boleh menjejaskan perasaan dan semangat cintakan negara yang kita cintai ini....MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Tuesday, August 18, 2009

Kira OK Lah Tu
















Program yang ke udara di Kedahfm setiap malam Selasa KIRA OK LAH TU tiba ke kemuncaknya pada 15 Ogos 2009 yang lalu. Peserta-peserta yang telah mencuba nasib menyanyi melalui telefon di tengah malam telah dipilih 3 orang setiap bulan selama enam bulan iaitu Januari hingga Jun. Jadi sejumlah 18 orang peserta yang beberapa orang diantaranya pertama kali naik stage telah beradu nasib di atas pentas Auditorium Kedahfm. Wow...Not Bad!! Meriah bukan main..Terima Kasih kepada mereka yang 'sporting'....Tapi hadiahnya lumayan dong...Rugi tak masuk...Nora'in Mohd Nor Azam muncul Johan diikuti oleh Ain Zalikha Rosli ditempat Kedua dan Zainol Abidin Hussein Ketiga. Yang lain-lain Sagu Hati tak balik kosong juga...Syabas..Kira ok lah tu...Hadiah-hadiah disampaikan oleh Pengarah RTM Kedah En Mohd Radzi Bin Lim. Penyanyi Jemputan Razz Alleycats klon Datuk Loga. Penampilan pertama Band Petugas Kedahfm..Kira Ok Lah Tu....Oh ya Penerbit Eksekutif TATA dan Penerbit Bersama Khadijah Ismail dan Azfarawahida Aziz.

Wednesday, August 5, 2009

Doa Pendinding

Assalamualaikum...Salam Satu Malaysia! Untuk menghadapi bala atau ujian dari Allah s.w.t seperti wabak penyakit Selesema Babi H1 N1 yang melanda seluruh dunia sekarang ini, semua perlu mengambil langkah-langkah kesihatan yang sewajarnya. Pakai 'mask', bersihkan diri, jauhkan diri dari tempat-tempat berisiko tinggi dan lain-lain lagi. Tapi..satu perkara yang kita tak boleh lupa ialah Senjata Paling Mujarab bagi orang Mukmin iaitu DOA. Penyakit datang dari Allah, Allah jua yang mampu mengubatnya...Dalam pada itu jadikan ikhtibar..Apa saja bentuk bala yang diturunkan oleh Allah merupakan ujian dan mengandungi rahmat dan pengajaran...Antara doa-doa yang mustajab yang sering diamalkan...