Saturday, October 17, 2009

Goodbye Syawal

Sedar-sedar Syawal dah dipenghujung, tinggal satu hari sahaja lagi. Haa..kalau satu hari lagi puasa 6 hari Syawal tak cukup, bolehlah habiskan esok! Majlis-majlis sambutan Hari Raya Aidil Fitri pun tinggal satu hari sajalah......Disini Tok Abah nak ucapkan Terima Kasih banyak kepada sahabat-sahabat , Jabatan-Jabatan dan Agensi yang menjemput ke Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri antaranya Jabatan Penjara Kedah, Felda Wilayah Alor Setar, RTM Perlis, RTM P.Pinang, RTM Perak, RTM Langkawi, TM Kedah dan beberapa lagi termasuk lah Taman Bersatu Simpang Empat, Kedah.....Ada yang Tok Abah tak berupaya nak pergi kerana masalah yang menghalang...jadi Minta Maaf banyak-banyak. Malam tadi Taman kami sendiri, Taman Kelisa Lebuhraya Sultanah Bahiyah pula buat Majlis Hari Raya. Oh ya.. Disamping itu ada pula yang menjemput ke Majlis Perkahwinan....Selamat Menerima Menantu kepada sahabat Tok Abah, Ashah Abdullah dan Zainuddin di Ipoh sana...itupun Tok Abah tak berupaya nak pergi tapi ada juga orang RTM Alor Setar yang pergi hari tu...Tahniah juga kepada Kak Maznah Mat DJ lama kita dulu, dia pun dapat menantu juga...Disamping itu JK Penyelaras Kemen. Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan Negeri Kedah pun baru-baru ni buat sambutan Hari Raya.....bukan main meriah dengan cabutan-cabutan bertuah sekali....Begitulah berlalunya Ramadan dan Syawal..semoga kita dah kaut sebanyak-bayak 'bonus' yang Allah tawarkan untuk kita. La ni depa kalutlah pulak dengan nak berangkat ke Mekah.....Musim Haji tiba lagi......

Monday, October 5, 2009


Renunglah dalam-dalam...
Apa yang penting......Kerja Sama ....macam kata..apa tu..Wonder pet?

Jadi sama-samalah kita eratkan Silatulrahim sesama kita...Bertolak ansur dimana saja apatah lagi di jalan raya....ataupun masa-masa kempen  Pilihanraya .........