Saturday, September 26, 2009

Selamat Aidil Fitri 1430/2009

Kepada Boss-Boss, sanak saudara, kawan-kawan semua semoga sudah menyambut Hari Raya Aidil Fitri tahun ini dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Album Hari Raya untuk kalian tapi cover sahaja sebagai sample. Tolong jangan cuba cari dimana-mana Music Studio...memang tak ada dan tak akan ada di pasaran...he he he...Maaf Zahir Batin....

Sunday, September 6, 2009

Nostalgia...

Merenung gambar usang diatas ini, terasa satu macam perasaan bermain dijiwa. Sedih pun ada, sayu pun ada dan sesekali terasa rindu akan kenangan yang tertanam di dalam gambar yang penuh nostalgia ini. Disinilah saya berulang-alik dari kampung ke bandar (mungkin pekan saja). Bas merah PTC itu banyak menyimpan kenangan zaman kanak-kanak dan remaja. Di stesen bas ini ada seorang cina menjual kacang rebus, "kacanggggg...". Disini juga ada seorang penjual aiskrim yang popular dengan panggilan Pak Wan dan laungannya menjadi identitinya, "Eh hiang, hiang, iye...". Ais kepai juga menjadi kegemaran penuntut-penuntut sekolah. Pelajar-pelajar perempuan sekolah menengah masih pakai skirt lagi...wow..Yang lelaki pun seluar pendek kecuali Pengawas. Beca atau dipanggil 'teksi roda tiga' masih boleh cari makan kerana teksi roda empat tak berapa buah yang ada! Hiburan utama cuma wayang panggung-Panggung Kapitol dan Panggong Empire. Kalau tidak pun tunggu 'funfare' lah kut-kut artis 60an turun buat persembahan. Dibelakang stesen bas ini bihun mamak memang berselera tapi sekarang tak ada lagi 'chef' yang boleh goreng macam dia. Bila anda menghampiri saja gerai kat belakang tu nanti dengar suara mamak-mamak tu menyambut kedatangan anda,"Mai dok, mai dok, makan ka, bungkuis ka "......itulah serba sedikit kenangan dari gambar ini. Mungkin ada orang yang mengenali lokasi gambar ini dapat sama-sama berkongsi nostalgia..