Wednesday, October 22, 2008

Bintang Kecil dan Bintang P.Ramlee Zon Utara

Bintang Kecil dan Bintang P.Ramlee/Saloma Zon Utara dah selesai. Bintang Kecil dimenangi oleh Peserta Kedah satu-satunya peserta bukan Melayu...Khor Ben San...membawa lagu Hati Emas. Ligat betul....P.Ramlee dapat kat peserta P.Pinang dengan lagu Di Pinggiran dan Saloma milik peserta Langkawi dengan lagu ...alonan Biola. Tahniah...Penerbit-Penerbit dari stesen yang menang tu nanti bolehlah pergi Kuching Sarawak pula....naik belon....Kalau Fauzi Dali naik belon mesti pecah punya.....

Monday, October 20, 2008

Bintang Kecil

Pemilihan calon Bintang Kecil untuk mewakili Kedah Fm ke Pertandingan Akhir Bintang Kecil Perengkat Kawasan Utara akan diadakan di Audfitorium Kedah Fm pada hari Sabtu 25 Okt 2008. Peserta berumur 7 hingga 11 tahun iaitu yang dilahirkan dalam tahun 1997 hingga 2001.
Pendaftaran mulai pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Lagu bebas bawa CD minus one atau karaoke sendiri.

Pertandingan Akhir Perengkat Zon Utara akan diadakan pada 1 November 2008 di tempat yang sama Auditorium Kedah Fm. Haa..apa tunggu lagi..datanglah ke Kedah Fm Sabtu ini kay......25 Okt 2008.

Saturday, September 27, 2008

Salam Aidiladha

Aidilfitri dah berlalu pergi membawa sekali Ramazan yang penuh barakah dan Syawal yang penuh syahdu. Sekarang akan menjelang pula Aidiladha......yang penuh beerti terutama buat kawan-kawan, sanak saudara yang berada di Tanah Suci Mekah mengerjakan Haji. Wah..Tahniah dah dapat title Haji dan Hajah..harap-harap dapat Haji yang mabrur lah jangan Malboro pula.....apapun InsyaAllah kalau kita betul-betul bertekad untuk dapat yang terbaik, Allah akan bagi juga.....Selamat mengerjakan Haji dan Selamat Menyambat Aidil Adha..wukuf di Arafah..

Intipati bajet 2009 'kerajaan prihatin'

Aug 29, 08 4:22pm

Berikut adalah intipati Bajet 2009 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Dewan Rakyat hari ini.

Jumlah bajet

- Bajet 2009 sebanyak RM207.9 bilion - naik 5.1 peratus dari tahun lalu. Dari jumlah itu RM154.2 bilion bagi peruntukan mengurus manakala RM53.7 bilion bagi peruntukan pembangunan.

-Peruntukan pengurusan - RM86.3 bilion atau 56.6 peratus (pemberian dan kenaan bayaran tetap); RM38 bilion (emolumen), RM26.5 bilion (perkhidmatan dan bekalan), RM2.4 bilion (pembelian aset) dan RM1 bilion (perbelanjaan lain).Peruntukan pembangunan - RM27.8 bilion (sektor ekonomi - pertanian, perindustrian, perindustrian dan infrastruktur), RM17.8 bilion (sektor sosial - pendidikan, kesihatan dan perumahan), RM4.1 bilion (sektor keselamatan), RM2.1 bilion (pentadbiran) dan RM2 bilion (simpanan luar jangka). Bajet 2009 menumpukan kepada langkah-langkah yang akan memastikan kesejahteraan yang telah dibina selama ini terus terjamin dan untuk itu adalah penting diperkukuhkan daya tahan ekonomi supaya negara berupaya menangani kesan persekitaraan luar yang semakin sukar. Bertemakan Kerajaan Prihatin, Bajet 2009 tertumpu kepada tiga strategi khusus iaitu, menjamin kesejahteraan rakyat, membangun modal insan berkualiti dan memperkukuh daya tahan negara. Kerajaan akan melaksanakan pelbagai langkah bertujuan meringankan beban kos sara hidup, terutamanya ke atas golongan berpendapatan rendah dan yang kurang bernasib baik.

Jaringan keselamatan sosial

Kerajaan telah menaikkan tahap kelayakan pendapatan isi rumah bagi pemberian bantuan kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kelayakan pendapatan isi rumah kini ditingkatkan daripada RM400 sebulan kepada RM720 sebulan untuk semenanjung, RM830 sebulan untuk Sarawak dan RM960 untuk Sabah. Menghargai jasa pesara, dan bagi membantu pesara berpendapatan rendah yang menghadapi kesukaran untuk menampung sara hidup harian, pesara kerajaan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan menerima pencen tidak kurang daripada RM720 sebulan mulai 1 Januari 2009. Kerajaan akan menubuhkan satu tabung khas berjumlah RM25 juta bagi menyalurkan pemberian kewangan kepada keluarga yang hilang punca punca pendapatan secara mengejut seperti akibat kemalangan. Memandangkan tanggungjawab besar ibu pelihara di Rumah Tunas Harapan, kerajaan telah menaikkan jumlah Elaun Ibu Pelihara daripada RM600 kepada RM1,000 sebulan. Kenaikan ini berkuatkuasa mulai 1 September 2008.

Membasmi kemiskinan

Kadar kemiskinan dikurangkan dari 5.7 peratus pada 2004 kepada 3.6 peratus pada tahun 2007. Kerajaan telah menyediakan RM50 juta dibawah Program Bantuan Rumah untuk membina 1,400 rumah baru dan membaikpulih 1,000 buat rumah. Usaha akan terus diambil untuk meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup rakyat di Sabah dan Sarawak, terutamanya untuk mempertingkatkan kemudahan asas, seperti bekalan elektrik, air dan jalan luar bandar. Untuk ini, RM580 juta disediakan bagi Sabah dan Rm420 juta untuk Sarawak.

Kecuali bil elektrik RM20

Isi rumah yang membayar bil elektrik RM20 dan ke bawah sebulan tidak perlu menbayar bil elektrik berkuatkuasa 1 Oktober 2008 sehingga akhir 2009.
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia ialah 6.3 peratus bagi suku kedua 2008, menjadikan pertumbuhan setengah tahun pertama tahun ini pada tahap 6.7 peratus.

Cukai pendapatan

Rebat cukai pendapatan dinaikkan dari RM350 kepada RM400 bagi pendapatan bercukai RM35,000. Ekoran itu 100,000 pembayar cukai dari golongan berpendapatan rendah, tidak lagi dikenakan cukai.

Barangan pengguna

Duti import atas beberapa barangan pengguna - pengisar makanan, periuk nasi, ketuhar gelombang mikro dan cerek elektrik - dikurangkan dari antara 10 hingga 60 peratus kepada 5 hingga 30 peratus.

Cukai jalan

Cukai jalan bagi kenderaan penumpang bersendirian berenjin diesel milik individu dan syarikat, dikurangkan mengikut kadar cukai jalan kenderaan berenjin petrol, mulai 1 September 2008.

Orang Kurang Upaya (OKU)

Memberi elaun RM150 sebulan kepada Orang Kurang Upaya
(OKU). Murid OKU di sekolah pendidikan khas akan ditambah dari RM50 kepada RM150.Bayaran insentif RM200 sebulan untuk pembantu guru di sekolah pendidikan khas.

Kakitangan kerajaan

Bayaran bonus sebulan gaji bagi 2008 atau minimum RM1,000 dalam dua bayaran pada September dan Disember ini.
Tempoh pinjaman perumahan dilanjutkan dari 25 tahun kepada 30 tahun bagi pinjaman baruKemudahan pinjaman perumahan bagi kerja ubahsuai rumah yang tidak dibeli melalui pinjaman perumahan kerajaanBuka panel insurans pinjaman perumahan kerajaan kepada semua syarikat insurans yang layak. Pada masa ini ia terhad kepada lima syarikat sahaja.
Kelayakan pendapatan isirumah untuk mendapat subsidi yuran Taska bulanan RM180, dinaikkan dari RM2,000 kepada RM3,000 mulai 1 Januari 2009. Kemudahan tambang pergi-balik percuma sekali dalam tempoh dua tahun untuk mengunjungi wilayah asal iaitu antara Semenanjung dan Sabah serta Sarawak ditambah daripada sekali bagi setiap dua tahun, kepada setiap tahun mulai 1 Januari 2009.

Pembangunan Koridor Pertumbuhan

Iskandar Malaysia - Peruntukan tambahan RM300 juta di bawah Dana Pelaburan Strategik disediakan bagi melaksanakan projek perkongsian sektor awam dan swasta, seperti pengangkutan, perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan industri kreatif.

Pelancongan

Kerajaan sedia peruntukan RM50 juta untuk kerja pemuliharaan di Pulau Pinang dan Melaka, yang akan dikendalikan oleh badan bukan kerajaan dan sektor swasta.
Pelaburan baru oleh pengusaha hotel bertaraf empat dan lima bintang di Sabah dan Sarawak dikecualikan cukai pendapatan 100 peratus atau elaun cukai pelaburan 100 peratus bagi tempoh lima tahun.Syarikat modal teroka yang melabur sekurang-kurangnya 30 peratus dalam bentuk permulaan dan pembiayaan peringkat awal.

Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Peruntukan RM5.4 bilion untuk tingkatkan keupayaan PDRM - RM4.8 bilion bagi belanja mengurus dan RM600 juta belanja pembangunan.
Peruntukan RM200 juta bagi pembinaan ibupejabat, balai dan pondok polis di seluruh negara.
Semua premis perniagaan yang memasang alat kawalan keselamatan di beri Elaun Modal Dipercepatkan yang boleh dituntut sepenuhnya dalam tempoh satu tahun.

Pengangkutan

K'jaan sedia kemudahan pinjaman mudah melalui dana pengangkutan awam RM3 bilion di bawah Bank Pembangunan Malaysia Berhad untuk biayai perolehan aset bas dan rel
Pengurangan 50 peratus bayarn tol bagi semua bas, kecuali di pintu masuk sempadan iaitu Tambak Johor, Link Kedua dan Bukit Kayu Hitam untuk tempoh du atahun mulai 15 September 2008.
Kecekapan pengangkutan awam ditingkatkan melalui perbelanjaan RM35 bilion dari 2009 hingga 2014.

Kesihatan

Duti eksais spesifik ke atas rokok dinaikkan sebanyak 3 peratus sebarang - dari 15 sen kepada 18 sen.Dengan ini, cukai untuk sekotak rokok 20 batang kini meningkat sebanyak 60 sen.- Kadar bayaran insentif pakar perubatan akan dinaikkan untuk 3,800 pegawai dengan perbelanjaan tambahan RM26 juta.Kadar bayaran insentif pasukan perubatan udara di Sabah dan Sarawak dinaikkan.Bagi pembantu perubatan, kadar bayaran dinaikkan dari RM20 kepada RM30 satu penerbangan pergi balik.Bagi jururawat pula, dari RM15 kepada RM30 satu penerbangan pergi balik.
Pengecualian cukai bagi perubatan radisional seperti akupuntur dan ayuvedic.

Nelayan dan petani

Peruntukan RM300 juta, yang mana RM180 juta adalah untuk menampung sara hidup nelayan dan pemilik bot perikanan manakala RM120 juta sebagai insentif tangkapan ikan. Elauan pelaburan semula sebanyak 60 peratus bagi tempoh 15 tahun bagi pelaburan tambahan bagi penternak ayam dan itik.Peruntukan RM475 juta bagi bantuan input pertanian, baja dan racun perosak bagi membantu pesawah.Pemansuhan duti import bagi baja dan racun perosak.

Tuesday, September 23, 2008

Quotable Quote

"Ada empat macam yg berharga dalam diri manusia dan boleh hilang oleh sebab tiga perkara. adapun yang berharga itu ialah: Akal, Agama, Malu dan Amal Soleh. Akal boleh hilang disebabkan marah, agama boleh hilang disebabkan dengki, malu boleh hilang disebabkan tamak dan amal soleh boleh terhapus disebabkan suka bercerita perihal keburukan orang."

MAKSUD HADITH RASULULLAH S.A.W.

" A true friend is one who hears and understands when you share your deepest feelings. He supports you when you are struggling; he corrects you, gently and with love, when you err; and he forgives you when you fail. A true friend prods you to personal growth, stretches you to your full potential. And most amazing of all, he celebrates your success as if they were his own."

AUTHER RICHARD EXLEY

" RICH people focus on Opportunities, POOR people focus on OBSTACLES.
RICH concentrate on What They Want, POOR concentrate on What They Do Not Want.
To succeed financially you have to : Do Something, Buy Something or Start Something.
WHAT WE FOCUS WILL EXPAND !

T. Harv Eker

Monday, September 22, 2008

Temubual Rancangan Khas Jubli Emas Pemerintahan KDYMM Tuanku Sultan Kedah




YTM Tunku Dato' Puteri Intan Shafinas, anakanda kepada KDYMM Tuanku Sultan Kedah di Studio Kedah Fm untuk rakaman Rancangan Khas " 50 Tahun Di atas Takhta" sempena Sambutan Jubli Emas Pemerintahan KDYMM Tuanku Hj Abdul Halim Muazzam Shah, Sultan Kedah Darul Aman. Penerbit : Faridah Mansor.

Thursday, September 18, 2008

Terima Kasih

Terima kasih banyak kepada peminat-peminat lama yang masih ingat menghantar kad Selamat Hari Raya....yalah Tok Abah dah lama tidak keudara sebagai DJ kira-kira lebih 10 tahun...Izatul Nur dan Sh Norbaini dari Taiping Perak...Terima kasih banyak-banyak semoga kalian sentiasa diberkati Allah. Amin. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada anda juga.

Terima Kasih sangat ..kepada PERLIS FM kerana menghubungi Tok Abah secara 'Live' melalui udara dalam program khas untuk 'Bekas-Bekas Petugas Perlis fm' mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri pada 30 September 2008 sekitar pukul 9.00 - 10.00 pagi. Baguslah depa ingat juga. Terima Kasih Khas kpd DJ Rohana Bachik dan Penemubual KBR dia sendiri Purkhan Mokhtar.

Old Trafford



Semasa liputan Sukan Komanwel di Manchester tahun 2002 sempat juga singgah di Old Trafford jumpa kawan-kawan.....

Tuesday, September 16, 2008

Rancangan Khas Hari Raya

Kedah fm menyediakan banyak Rancangan Khas Hari Raya tahun ini...ikuti promo di Kedah Fm 97.5 MHz dari semasa ke semasa.....Malam Raya Squad Ronda Raya kita akan merayau mencari Sahabat Kedah FM di Utara dan Selatan. Awas kemunculan mereka di tempat anda. Sediakanlah serba sedikit juadah untuk mereka yang kelaparan tu....nak tau siapa Ahli Squad Ronda Raya tersebut ikuti siaran Kedah Fm malam Raya ini...

Kami di Kedah Fm mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin. Yang akan pulang ke kampung halaman di mana sahaja...semoga selamat sampai ke destinasi..hati-hati bila memandu..amalkan sikap serta cara pemanduan yang berhemah..ANDA MAMPU MENGUBAHNYA!

Siapa Tok Abah


Ini Tok Abah masa muda-muda dulu..teruk no??..Cuba teka lokasi dia kat mana tu?...Memang betoi atas bumbung..tapi kat mana?