Wednesday, August 5, 2009

Doa Pendinding

Assalamualaikum...Salam Satu Malaysia! Untuk menghadapi bala atau ujian dari Allah s.w.t seperti wabak penyakit Selesema Babi H1 N1 yang melanda seluruh dunia sekarang ini, semua perlu mengambil langkah-langkah kesihatan yang sewajarnya. Pakai 'mask', bersihkan diri, jauhkan diri dari tempat-tempat berisiko tinggi dan lain-lain lagi. Tapi..satu perkara yang kita tak boleh lupa ialah Senjata Paling Mujarab bagi orang Mukmin iaitu DOA. Penyakit datang dari Allah, Allah jua yang mampu mengubatnya...Dalam pada itu jadikan ikhtibar..Apa saja bentuk bala yang diturunkan oleh Allah merupakan ujian dan mengandungi rahmat dan pengajaran...Antara doa-doa yang mustajab yang sering diamalkan...

4 comments:

Suara Perindu said...

Saya syorkan umat Islam tidak kiralah sama ada PAS atau UMNO bersatu, buatlah solat hajat bersama. Minta Allah hindarkan penyakit ini dari bumi kita yang tercinta ini. Cukuplah bergaduh tu. Tak ada faedahnya.

Tok Abah said...

Ana setuju pendapat anta tu. Tapi Keadilan tak mau kasi masuk sekali ke...

CikLieYzaOnline said...

h1n1 makin merebak...
langkah berjaga2, kalo nak bercakap dengan org, jarakkan kira2 1 lengan atau sedepa..kurangkan atau jangan bersalaman dengan org..amalkan cara jepun buat seketika iaitu hanya menundukkan kepala anda...sambil2 tu,teruskan berdoa agar diri dihindari virus berbahaya tu..kan tengku kan...hehe

Tok Abah said...

Ya betul tu...elakkan keluar dating ....apatah lagi 'blind date'.