Saturday, November 28, 2009

Berkorban Apa Saja

Hari Raya Aidil Adha atau Raya Korban amat bermakna kepada umat Islam yang sedang menunaikan fardhu Haji di tanah suci Mekah. Bagaimanapun korban bukan saja dituntut kepada mereka yang berada di Mekah sahaja. Lantaran itu disana-sana sini kita akan lihat umat islam menunaikan ibadah korban ini dengan penuh rasa syukur.


Bila sebut pasal korban ni, macam-macam korban yang boleh kita kaitkan. Hidup ini penuh pengorbanan......Untuk kesejahteraan rumah tangga misalnya, suami, isteri juga anak-anak perlu berkorban. Senang, sama-sama senang. Susah, sama-sama susah. Isteri umpamanya dituntut melayan suami dengan sebaik-baiknya dan untuk itu ganjarannya amatlah besar. Saya ingin berkongsi beberapa maksud hadith Nabi S.A.W mengenai layanan baik isteri kepada suami ini yang saya petik dari buku 'Kebahagian Rumah Tangga Muslim' oleh Ustaz Md Hashim Yahaya. Apatah lagi sekarang ni musim cuti sekolah dan banyak yang akan naik pelamin jadi Raja Sehari.
Oleh kerana....diantara perkara yang dapat menambah eratkan hubungan suami isteri ialah apabila isteri memberi layanan yang baik kepada suaminya, Allah telah menjanjikan ganjaran yang hebat kepada isteri yang berbuat demikian seperti sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud;

'Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.'
'Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun.'
'Makanan yang disediakan oleh isteri untuk suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan 'umrah sunat.'
'Mandi junub si isteri disebabkan jima' oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin.'
'Apabila isteri hamil dicatatkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suami sebagai jihad.'
'Pemeliharaan yang baik terhadap anaknya, adalah menjadi benteng neraka, dan pandangan yang harmonis terhadap suami menjadi tasbih(zikir).'
'Mana-mana perempuan meninggal dunia dalam keadaan mendapat keredhaan suaminya masuklah ia ke dalam syurga.'

Itulah antaranya.....Wallah hua'lam adanya...

Apa pun suami pun dituntut juga menggembirakan isterinya dan ganjarannya pun tak kurang juga...jadi pada semua yang akan naik pelamin SELAMAT PENGANTIN BARU dan yang di Mekah semoga selamat sejahtera dan pulang nanti dengan Haji yang mabrur...

1 comment:

CikLieYzaOnline said...

Salam Aidil Adha tengku (^-^)