Saturday, June 13, 2009

Musim Durian

Orang kata sekarang ni durian dah tak bermusim lagi. Bila-bila masa saja ada durian dimana-mana. Tapi apa pun sekarang ni bulan Jun/Julai ni di utara (Kedah/Perlis) memang masa durian tengah jujuh. Sana-sini nampak durian bukan lagi 'harum manis'. Disamping tu manggis pun agak menjadi juga. Panas campur sejuk barulah 'ngam'. Tok Abah cuma nak ingatkan hati-hati kalau duduk bawah pokok durian tambah-tambah masa berangin...bukan apa takut durian timpa kepala. Sepupu Tok Abah pernah kena masa gadis remaja dulu. Itupun dia tutup kepala dia dengan kain sebab masa tu hujan renyai-renyai. Okay lah sikit kut...tapi dia pengsan juga dan kena bawa pi hospital juga...Lepas tu nak tau...selama tiga tahun duri durian sekali sekala keluar dari kulit kepala dia bila dia sikat rambut. Ha..itulah penangan durian! Di Utara ni cara makan durian yang klasik ialah durian dengan pulut kukus + santan dan diramas-ramas....Oyo..memang best...
Sungai Dua Bagan Ajam
Tempat mempelam lebat berbunga
Walaupun di luar durinya tajam
Isi di dalam lazat rasanya

Dusun Durian di Kampung Hulu
Makan berkawan dalam gelanggang
Bolehkah tuan saya nak tahu
Orang berjalan kenapa berlenggang??

Haa...kalau tahu jawablah...


No comments: