Saturday, February 7, 2009

Ikhtibar

Apa yang berlaku di Negeri Perak Darul Ridzuan sehari dua ini harus menjadi ikhtibar ataupun pengajaran kepada semua orang terutama parti-parti serta orang-orang politik. Masing-masing mempunyai strategi masing-masing untuk menjatuhkan lawan. Tapi kita cuma merancang dan yang menentukan ialah Yang Maha Kuasa. Tengoklah sendiri! Orang tua-tua selalu ingatkan hati-hati bermain senjata kerana silap-silap haribulan, senjata makan tuan. Kalau dah jadi haa kenalah terima hakikat apatah lagi keputusan dah dibuat oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak sendiri setelah mengambil masa agak lama menimbang apa yang terbaik untuk dititahkan.Kita harap semua akan reda dan rakyat perak akan dapat menerima keputusan Sultan dan meneruskan penghidupan seperti biasa tanpa ada serabut di fikiran. Kalau rakyat dah terima siapa pun tak boleh buat apa...Lagipun dia orang tu dah lebih sikit walaupun simple majoriti dengan bantuan ahli bebas.Teman ingat udah-udahlah tu..Kita tengok orang baru pula macam mana, orang Pangkor entah-entah lebih baik mana tahu..Hidup Yob, Hidup Yong!

1 comment:

Yukie said...

salam
thanks for following my blog
do leave some comments
any comments
so that i can know
my reader's feedback!!