Thursday, January 22, 2009

Kenari Terbang Rendah

Pasukan 'Double Treble' Kenari yang selalu awal musim dah mula melonjak ke atas nampaknya setakat ini belum mampu terbang tinggi. Dari pengamatan Tok Abah lah...Sang Kenari ni masih mengelamun atau bermimpi lagi. Apa tidaknya..bila mid-field dapat bola depa cari target man Marlon....mana ada! Bila Forward nak tolak bola ke bawah depa cari Nelson St Martin...la mana nak ada!....dan back dengan Goal Keeper pulak dok harap kat....(lupa dah sorang lagi import tu..) Pendek kata depa masih rasa kehilangan kawan-kawan yang terlalu diharapkan hingga tanpa mereka Kenari dah nampak kehilangan punca. Celah-celah tu 'penternak' pun bertelagah juga sama sendiri(dengar cerita lah). Apa pun kita harap itu cuma di permulaan saja. Moga-moga Sang Kenari akan bangkit dari igauan dan berdiri di alam nyata..YOU CAN DO IT MAN...

No comments: