Saturday, September 26, 2009

Selamat Aidil Fitri 1430/2009

Kepada Boss-Boss, sanak saudara, kawan-kawan semua semoga sudah menyambut Hari Raya Aidil Fitri tahun ini dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Album Hari Raya untuk kalian tapi cover sahaja sebagai sample. Tolong jangan cuba cari dimana-mana Music Studio...memang tak ada dan tak akan ada di pasaran...he he he...Maaf Zahir Batin....

Sunday, September 6, 2009

Nostalgia...

Merenung gambar usang diatas ini, terasa satu macam perasaan bermain dijiwa. Sedih pun ada, sayu pun ada dan sesekali terasa rindu akan kenangan yang tertanam di dalam gambar yang penuh nostalgia ini. Disinilah saya berulang-alik dari kampung ke bandar (mungkin pekan saja). Bas merah PTC itu banyak menyimpan kenangan zaman kanak-kanak dan remaja. Di stesen bas ini ada seorang cina menjual kacang rebus, "kacanggggg...". Disini juga ada seorang penjual aiskrim yang popular dengan panggilan Pak Wan dan laungannya menjadi identitinya, "Eh hiang, hiang, iye...". Ais kepai juga menjadi kegemaran penuntut-penuntut sekolah. Pelajar-pelajar perempuan sekolah menengah masih pakai skirt lagi...wow..Yang lelaki pun seluar pendek kecuali Pengawas. Beca atau dipanggil 'teksi roda tiga' masih boleh cari makan kerana teksi roda empat tak berapa buah yang ada! Hiburan utama cuma wayang panggung-Panggung Kapitol dan Panggong Empire. Kalau tidak pun tunggu 'funfare' lah kut-kut artis 60an turun buat persembahan. Dibelakang stesen bas ini bihun mamak memang berselera tapi sekarang tak ada lagi 'chef' yang boleh goreng macam dia. Bila anda menghampiri saja gerai kat belakang tu nanti dengar suara mamak-mamak tu menyambut kedatangan anda,"Mai dok, mai dok, makan ka, bungkuis ka "......itulah serba sedikit kenangan dari gambar ini. Mungkin ada orang yang mengenali lokasi gambar ini dapat sama-sama berkongsi nostalgia..

Monday, August 31, 2009

Kad Raya



Sekarang zaman teknologi multi media. Segalanya serba canggih. Orang lebih gemar yang mudah dan pantas iaitu secara on-line atau mobile phones. Jadi Kad Raya dah susah nak jual! Tapi dalam pada tu masih ada lagi yang masih suka yang conventional atau tradisional ini.Kad contoh diatas bukan untuk ditempah! Gambar 'pinjam' dari blog Abang Putra. Sorry dah jadi mangsa Lembaga Penapis.....

Merdeka 52

30 Ogos baru saja berlalu. Sedar tak sedar rupanya dah 52 tahun kita merdeka. Walau pun di dalam bulan puasa dan suasana kurang selesa campur bimbang dengan wabak selesema kerbau pendek H1N1 yang sedang menular sekarang ini, sambautan Hari Kebangsaan disambut secara sederhana tapi meriah dimana-mana (Oh ya 'kerbau pendek' tu nama lain untuk sang 'babi' bagi orang tempat saya). Kita sambung balik, cuma yang Tok Abah tak berapa seronok ialah kibaran jalur gemilang di premis-premis dan kenderaan amat dingin sekali. Kalau kereta tu cuma letak kat cermin depan sahaja bukan nak rosak kereta pun, ya dak? Lagipun semahal-mahal kereta manalah boleh nak dibandingkan dengan harga kemerdekaan yang kita perolehi dan kecapi hingga sekarang...Yalah kalau kita masih di bawah penjajah berapa orang sangat orang kita yang mampu berkereta mewah macam sekarang ni? Saya ada tengok video kemerdekaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Akib Negara. Wah..orang dulu sungguh bersemangat menentang penjajah dan menyambut Peristiharan Kemerdekaan oleh Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj. Kenapa hari ini semangat begitu mesti luntur?? Jadi eloklah kita ketepikan apa jua bentuk perbezaan yang ada yang boleh menjejaskan perasaan dan semangat cintakan negara yang kita cintai ini....MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Tuesday, August 18, 2009

Kira OK Lah Tu
















Program yang ke udara di Kedahfm setiap malam Selasa KIRA OK LAH TU tiba ke kemuncaknya pada 15 Ogos 2009 yang lalu. Peserta-peserta yang telah mencuba nasib menyanyi melalui telefon di tengah malam telah dipilih 3 orang setiap bulan selama enam bulan iaitu Januari hingga Jun. Jadi sejumlah 18 orang peserta yang beberapa orang diantaranya pertama kali naik stage telah beradu nasib di atas pentas Auditorium Kedahfm. Wow...Not Bad!! Meriah bukan main..Terima Kasih kepada mereka yang 'sporting'....Tapi hadiahnya lumayan dong...Rugi tak masuk...Nora'in Mohd Nor Azam muncul Johan diikuti oleh Ain Zalikha Rosli ditempat Kedua dan Zainol Abidin Hussein Ketiga. Yang lain-lain Sagu Hati tak balik kosong juga...Syabas..Kira ok lah tu...Hadiah-hadiah disampaikan oleh Pengarah RTM Kedah En Mohd Radzi Bin Lim. Penyanyi Jemputan Razz Alleycats klon Datuk Loga. Penampilan pertama Band Petugas Kedahfm..Kira Ok Lah Tu....Oh ya Penerbit Eksekutif TATA dan Penerbit Bersama Khadijah Ismail dan Azfarawahida Aziz.

Wednesday, August 5, 2009

Doa Pendinding

Assalamualaikum...Salam Satu Malaysia! Untuk menghadapi bala atau ujian dari Allah s.w.t seperti wabak penyakit Selesema Babi H1 N1 yang melanda seluruh dunia sekarang ini, semua perlu mengambil langkah-langkah kesihatan yang sewajarnya. Pakai 'mask', bersihkan diri, jauhkan diri dari tempat-tempat berisiko tinggi dan lain-lain lagi. Tapi..satu perkara yang kita tak boleh lupa ialah Senjata Paling Mujarab bagi orang Mukmin iaitu DOA. Penyakit datang dari Allah, Allah jua yang mampu mengubatnya...Dalam pada itu jadikan ikhtibar..Apa saja bentuk bala yang diturunkan oleh Allah merupakan ujian dan mengandungi rahmat dan pengajaran...Antara doa-doa yang mustajab yang sering diamalkan...

Saturday, July 25, 2009

Senam Seni

Tok Abah dengan kawan-kawan daripada Jabatan-Jabatan lain dibawah satu Kementerian iaitu KPKK...Kemen. Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan baru saja habis sesi Senam Seni. Pertama kalilah kami di RTM Kedah terlibat dengan sesi ni..kalau tidak asyik poco-poco aja..Rasanya lah ada baik juga kita buat Senam Seni ni sebab kita mengagongkan budaya bangsa kita, negara kita, budaya bangsa Malaysia. Melayu ada, cina pun ada, India, Kadazan, Iban. Ada unsur tarian, unsur-unsur seni mempertahankan diri yang cukup sesuai untuk regangan otot, senaman badan yang pantas mengeluarkan peluh. Berbanggalah dengan budaya kita! Bukan tak boleh belajar budaya orang ...boleh...tapi kita kena berjinak-jinak juga dengan budaya kita...Jangan poco-poco aja yang kita tahu tapi Senam Seni kita tak tahu...betul tak? Ayoh Pak kita sama-sama Senam Seni pulak Pak...