Tuesday, March 31, 2009



Inilah yang ingin kita lihat. Harap-harap keris inilah yang diserahkan kepada Dato' Seri Najib untuk teruskan kesinambungan perjuangan menegakkan agama, bangsa dan negara. Apapun...apa komen anda melihat gambar ini??...

Sunday, March 22, 2009

Kelab Remaja Kedahfm

Calling all youngsters from 13 to 23 of age to join Kelab Remaja Kedahfm....You can get new friends, gain new knowledge and experiences, chances to participate in many interesting activities off air and on air...hurry up be among the early birds to join Kelab Remaja Kedahfm. To get more info...Tune in to our programme E-Remaja...Evolusi Remaja di Kedahfm setiap malam 8.00 hingga 10.00 malam...97.5 MHz fm...Nak jadi ahli Kelab Remaja mudah sahaja Taipkan Kedahfm Remaja NamaSamaran No kad Pengenalan that's all dan hantar ke 32728..Isi borang pun boleh dapatkan dari Kedahfm..Jom kita jadi Ahli Kelab Remaja Kedah fm....yang berumur antara 13 hingga 23 tahun. Yang 23 tahun tu jangan pula dah kahwin dan ada anak..mana aci..mana remaja lagi ya tak?

Monday, March 2, 2009

Pil Sabar Dan Penenang

Hidup ni tak boleh lari dari masalah. Dah tu ada pulak yang membebel..apa lagi tambahlah bengang...Hai..kalau kurang-kurang sabar mahu juga hantuk kepala kat dinding. Ubat penenang yang banyak ni pun belum tentu boleh membantu....






Tapi...yang ini pil yang paling mujarab. Orang kata apa pun kita boleh senyum saja, tak ada stress, tak ada tension. Tak perlu telan cuma dua biji pil ni satu sumbat telinga kanan dan satu lagi telinga kiri, habis cerita. Selamat mencuba!!

Friday, February 27, 2009

Saturday, February 7, 2009

Ikhtibar

Apa yang berlaku di Negeri Perak Darul Ridzuan sehari dua ini harus menjadi ikhtibar ataupun pengajaran kepada semua orang terutama parti-parti serta orang-orang politik. Masing-masing mempunyai strategi masing-masing untuk menjatuhkan lawan. Tapi kita cuma merancang dan yang menentukan ialah Yang Maha Kuasa. Tengoklah sendiri! Orang tua-tua selalu ingatkan hati-hati bermain senjata kerana silap-silap haribulan, senjata makan tuan. Kalau dah jadi haa kenalah terima hakikat apatah lagi keputusan dah dibuat oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak sendiri setelah mengambil masa agak lama menimbang apa yang terbaik untuk dititahkan.Kita harap semua akan reda dan rakyat perak akan dapat menerima keputusan Sultan dan meneruskan penghidupan seperti biasa tanpa ada serabut di fikiran. Kalau rakyat dah terima siapa pun tak boleh buat apa...Lagipun dia orang tu dah lebih sikit walaupun simple majoriti dengan bantuan ahli bebas.Teman ingat udah-udahlah tu..Kita tengok orang baru pula macam mana, orang Pangkor entah-entah lebih baik mana tahu..Hidup Yob, Hidup Yong!

Sunday, February 1, 2009

Terima Kasih Sahabat Perlis Fm

Tok Abah baru balik dari Bukit Air, Perlis kerana menghadiri Perhimpunan Sahabat Perlis Fm. Terima kasih lah sahabat-sahabat Perlis Fm yang masih ingat walaupun Tuk Abah dah setahun berpindah ke Kedah Fm. Wah...sedap makan gulai rebung dan asam pedas keladi. Sayang...Tok Abah tak pandai makan sambai dan ulam kalau tidak lagi kick....Tahniah kepada Perlis Fm kerana dapat bawa YAB Dato' Seri Mohd Isa Sabu Menteri Besar bersama-sama ke Pondok Dusun Durian di Bukit Air tu......Terima kasih sekali lagi kepada KBR Purkhan Mokhtar, Bang Li (S.Ghazali), Pak Cik Rock, Pak Long Kob, Lan Santana dan seluruh warga Sahabat Perlis Fm. Semoga semangat setiakawan yang sedia ada diteruskan dan disuburkan. Eratkan silatulrahim, jauhkan permusuhan...

Friday, January 30, 2009