Saturday, July 25, 2009

Senam Seni

Tok Abah dengan kawan-kawan daripada Jabatan-Jabatan lain dibawah satu Kementerian iaitu KPKK...Kemen. Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan baru saja habis sesi Senam Seni. Pertama kalilah kami di RTM Kedah terlibat dengan sesi ni..kalau tidak asyik poco-poco aja..Rasanya lah ada baik juga kita buat Senam Seni ni sebab kita mengagongkan budaya bangsa kita, negara kita, budaya bangsa Malaysia. Melayu ada, cina pun ada, India, Kadazan, Iban. Ada unsur tarian, unsur-unsur seni mempertahankan diri yang cukup sesuai untuk regangan otot, senaman badan yang pantas mengeluarkan peluh. Berbanggalah dengan budaya kita! Bukan tak boleh belajar budaya orang ...boleh...tapi kita kena berjinak-jinak juga dengan budaya kita...Jangan poco-poco aja yang kita tahu tapi Senam Seni kita tak tahu...betul tak? Ayoh Pak kita sama-sama Senam Seni pulak Pak...

Thursday, June 18, 2009

Al Kisah...

Beberapa hari yang lepas duduklah dua orang Jejaka Perasan di satu gerai Mamak di Kedah ni...Lalu mamak pun macam biasa, duduk aja terus tanya ..."Cik Mau minum apa?" Dia orang ni pun.."Hang nak minum apa?" "Ayaq Halia satu " Lalu kata kawan sorang lagi "Ok, aku Ayaq Nira satu"....Mamak pun menjerit " H One N One meja Lima!!". Alamak terkejut semua orang kat gerai tu..H1N1?? ..Tapi betoi lah H-Halia N- Nira. Dr yang tengah minum meja sebelah pun tersentak, terus berhenti minum. Lalu kata salah seorang Jejaka Perasan tu " Hei..Mamak, lain kali cakap Melayu lah H satu N satu jgn H One N One.."....Mamak tersengeh .."Wokay..Wokay.." Orang lain ketawa gelak-gelak. Begitulah adanya.......

Saturday, June 13, 2009

Musim Durian

Orang kata sekarang ni durian dah tak bermusim lagi. Bila-bila masa saja ada durian dimana-mana. Tapi apa pun sekarang ni bulan Jun/Julai ni di utara (Kedah/Perlis) memang masa durian tengah jujuh. Sana-sini nampak durian bukan lagi 'harum manis'. Disamping tu manggis pun agak menjadi juga. Panas campur sejuk barulah 'ngam'. Tok Abah cuma nak ingatkan hati-hati kalau duduk bawah pokok durian tambah-tambah masa berangin...bukan apa takut durian timpa kepala. Sepupu Tok Abah pernah kena masa gadis remaja dulu. Itupun dia tutup kepala dia dengan kain sebab masa tu hujan renyai-renyai. Okay lah sikit kut...tapi dia pengsan juga dan kena bawa pi hospital juga...Lepas tu nak tau...selama tiga tahun duri durian sekali sekala keluar dari kulit kepala dia bila dia sikat rambut. Ha..itulah penangan durian! Di Utara ni cara makan durian yang klasik ialah durian dengan pulut kukus + santan dan diramas-ramas....Oyo..memang best...
Sungai Dua Bagan Ajam
Tempat mempelam lebat berbunga
Walaupun di luar durinya tajam
Isi di dalam lazat rasanya

Dusun Durian di Kampung Hulu
Makan berkawan dalam gelanggang
Bolehkah tuan saya nak tahu
Orang berjalan kenapa berlenggang??

Haa...kalau tahu jawablah...


Flash Back-ASEAN Radio Producers Meeting


When I was in Radio 1, Angkasapuri (1999 - 2004) I had the opportunities to attend The Joint Meetings of The Asean Radio and Television Producers in various Asean countries . In 2002 it was in Phnom Penh. I represented the Radio Producers and my friend Mr Muis for TV Producers. The 'delegates' from all Asean countries attended the 4-day meeting; Singapore, Thailand, Vietnam, Myanmar, Laos, Indonesia, Brunei Darussalam, The Philippines, Malaysia and Host Country Cambodia....There I met new friends and how I wish I could see them again...

Tuesday, April 28, 2009

Team Kenari - Hijau Kuning

Pasukan Kenari Hijau Kuning sekarang masih terumbang ambing walaupun sudah menampakkan kebangkitan sedikit dalam usaha untuk merebut Piala Liga Super. Teruskan berusaha semoga kenari akan terus terbang tinggi. Mungkin ada yang ingin nak kenal pemain-pemain Hijau Kuning yang telah mengharumkan nama Negeri Kedah Darul Aman sedikit masa dulu......bukan yang dapat Double Treble tu...tapi zaman Allah Yarham Datuk Ahmad Basri dulu tu......Masa tu Captain dia Lee King Hong....Haa ini dia.......


Monday, April 6, 2009

Saturday, April 4, 2009

Lagu Popular Minggu Ini (LPMI)

Di Bukit Gantang dan Batang Ai....Lagu yang paling popular nombor satu dalam carta ialah lagu.....Yang Mana Satu Idaman Kalbu...Nyanyian Tan Sri P. Ramlee dan Saloma.

Di Bukit Selambau pula lagu popular....Pilihlah Aku....Nyanyian Latiff Ibrahim. Dan Nombor paling popular....No 15...Tapi bagi sahabat-sahabat saya orang tionghua..masih juga kata no 8 juga ong...no paling malang 4 sii loh....Apa pun seronok tengok suasana pilihanraya ditempat-tempat ini...lebih-lebih lagi kalau semua berjalan dalam keadaan yang aman dan penuh demokrasi dan sporting...