Friday, January 2, 2009

Chikungunya

Awas Chikungunya senyap-senyap merebak disana sini. Aa...kita kenalah jangan kasi chance sama nyamuk aedes membiak. Hapuskan jentik-jentik nyamuk aedes...tiada aedes tiada chikungunya! Oh ya Tok Abah ada satu cerita pasal chikungunya ni...Suatu hari seorang guru nama dia Cikgu Bidi (bukan nama sebenar) nak bawa isteri dia yang sarat mengandung ke klinik. Dia singgah sekejap di sekolah dia mengajar....sekolah rendah tahun satu. Sempat dia mengingatkan anak murid dia tentang bahaya dan simtom-simtom orang demam Chikungunya. Bila nampak perut isteri dia yang membusung lalu salah seorang anak murid dia bertanya...'Cikgu, tu isteri cikgu nak pi klinik kena Chikungunya juga ke?' Dengan spontan dan selamba Cikgu Bidi jawab, " Bukan, dia bukan kena Chikungunya...tapi dia kena Cikgupunya...". Budak-budak diam saja (Tak faham).

Selamat Tahun Baru 1430/2009

Kepada sanak saudara, kawan rakan dimana sahaja berada Selamat Tahun Baru Hijrah 1430 dan Tahun Baru Masehi 2009. Semoga tahun baru ini akan memberi kita cahaya yang lebih gemilang. Yang muda boleh tambah ahli keluarga, yang dah expired pun jangan hilang mood, hidup mesti diteruskan dan cinta serta kasih sayang mesti terus dibaja dan disuburkan. Yang buat business moga rezeki menjadi dan kalau yang makan gaji tu kerja elok-eloklah supaya setiap sen yang kita dapat tu halal. Tok Abah ingatkan diri Tok Abah juga....Oh ya..sama-samalah kita berdoa semoga kita terus berjaya tapi kita kalau kita kurang berjaya (macam Tok Abah ni!) kita harap anak-anak kita pula berjaya. InsyaAllah.