Wednesday, September 29, 2010

BINTANG P.RAMLEE ZON UTARA 2010

Akhirnya teka-teki tentang siapa yang akan mewakili Zon Utara ke Pertandingan Bintang P.Ramlee Peringkat Kebangsaan di Kuching, Sarawak hujung tahun ini telah terjawab bila Pertandingan Akhir Bintang P.Ramlee Peringkat Zon Utara berlangsung dengan meriahnya di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul RIdzuan, Ipoh baru lalu (25 Sept 2010).  Peserta Perak AZFARDON ZULKAMAL AZMI muncul Juara melalui lagu ADUH SAYANG.  Beliau kemudian berduet dengan NAZATUL FARAHIN MD HUSSEIN dalam lagu DALAM AIR KU TERBAYANG WAJAH.  Tempat kedua disandang oleh peserta Langkawi Sairudin Norazam Saidin dan pasangannya Norhilaili Noh Hassan.  Tempat ketiga jatuh kepada peserta Pulau Pinang Faizal Mohd Hassan dan Syaifaana Mohamad Subri.  Peserta Kedah Salimi Awang dan Naziatul Azwa Azzahan juga peserta dari Perlis Sharnizam Azzahan dan pasangannya Harmira Mohd Yusof terpaksa berpuas hati dengan hadiah sagu hati...Jadi peserta-peserta Zon lain jaga-jagalah sikit kerana Zon Utara tidak akan memberi laluan mudah kali ini..Silap-silap P.Ramlee balik ke utara tahun ini!!!

Wednesday, September 8, 2010

PANTUN RAYA

Bangun awal mandi di perigi
Fajar syawal sudah menjelang
Satu syawal kembali lagi
Membawa sinar penuh gemilang

Rendang ketupat dicampur halia
Untuk jamuan kawan dan rakan
Aidil Fitri hari yang mulia
Sama-samalah kita rayakan

Salah silap terlanjur kata
Maaf bermaaf sesama kita
Hentikan mengherdik jangan mengata
Eratkan silatulrahim itulah dipinta

Kepada semua sanak-saudara dan rakan taulan...SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN.