Saturday, November 28, 2009

Berkorban Apa Saja

Hari Raya Aidil Adha atau Raya Korban amat bermakna kepada umat Islam yang sedang menunaikan fardhu Haji di tanah suci Mekah. Bagaimanapun korban bukan saja dituntut kepada mereka yang berada di Mekah sahaja. Lantaran itu disana-sana sini kita akan lihat umat islam menunaikan ibadah korban ini dengan penuh rasa syukur.


Bila sebut pasal korban ni, macam-macam korban yang boleh kita kaitkan. Hidup ini penuh pengorbanan......Untuk kesejahteraan rumah tangga misalnya, suami, isteri juga anak-anak perlu berkorban. Senang, sama-sama senang. Susah, sama-sama susah. Isteri umpamanya dituntut melayan suami dengan sebaik-baiknya dan untuk itu ganjarannya amatlah besar. Saya ingin berkongsi beberapa maksud hadith Nabi S.A.W mengenai layanan baik isteri kepada suami ini yang saya petik dari buku 'Kebahagian Rumah Tangga Muslim' oleh Ustaz Md Hashim Yahaya. Apatah lagi sekarang ni musim cuti sekolah dan banyak yang akan naik pelamin jadi Raja Sehari.
Oleh kerana....diantara perkara yang dapat menambah eratkan hubungan suami isteri ialah apabila isteri memberi layanan yang baik kepada suaminya, Allah telah menjanjikan ganjaran yang hebat kepada isteri yang berbuat demikian seperti sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud;

'Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.'
'Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun.'
'Makanan yang disediakan oleh isteri untuk suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan 'umrah sunat.'
'Mandi junub si isteri disebabkan jima' oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin.'
'Apabila isteri hamil dicatatkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suami sebagai jihad.'
'Pemeliharaan yang baik terhadap anaknya, adalah menjadi benteng neraka, dan pandangan yang harmonis terhadap suami menjadi tasbih(zikir).'
'Mana-mana perempuan meninggal dunia dalam keadaan mendapat keredhaan suaminya masuklah ia ke dalam syurga.'

Itulah antaranya.....Wallah hua'lam adanya...

Apa pun suami pun dituntut juga menggembirakan isterinya dan ganjarannya pun tak kurang juga...jadi pada semua yang akan naik pelamin SELAMAT PENGANTIN BARU dan yang di Mekah semoga selamat sejahtera dan pulang nanti dengan Haji yang mabrur...

Sunday, November 15, 2009

TRUE FRIEND

He is...... 'One who hears and understands when you share your deepest feelings. He supports you when you are struggling; he corrects you, gently and with love, when you err; and he forgives you when you fail. A true friend prods you to your personal growth, stretches you to your full potential. And most amazing of all, he celebrates your success as if they were his own."

Authur Richard Exley

True Friend..........
Listen
find common ground not related to work
be available beyond business hours
have a sense of humor
tell the truth when others don't.

Tapi nak cari kawan sejati (true friend) bukannya mudah. Masa senang memang banyak keliling pinggang tapi masa susah senyap-senyap hilang. Segalanya ada di hati...ada yang mulut sahaja kata simpati......Sekadar mengingatkan diri kita, kalau inginkan kawan sejati, kita pun harus bersedia menjadi kawan sejati...

Sunday, November 8, 2009

Syabas Nogoghi-Hoben Jang Hoben

Akhirnya teka-teki tentang Milik Siapakah Piala Malaysia kali ini telah terjawab. Pada mulanya rata-rata meramalkan The Red Warriors Pantai Timur akan mengusung Piala Berprestij itu balik ke Kota Bharu mengharungi air banjir yang sedang melanda negeri itu. Kelantan memang menjadi 'favourite' untuk merampas Piala Malaysia setelah dengan garang menumbangkan pasukan-pasukan yang menyerlah sebelum ini seperti Singa Utara dan Sang Kenari tapi..... rupa-rupanya bila dah 'diangkat' sebagai 'favourite' , anak-anak buah Sathianathan tu merasa terlalu berat untuk menggalas harapan tinggi yang diletakkan dibahu mereka. Akibatnya mereka tersungkur dihadapan peminat-peminat mereka yang ghairah menunggu untuk membawa pulang buat pertama kali Piala Rebutan itu. Syabas Skuad Jang yang menang dengan bergaya!! Pada Tok Abah kekuatan Skuad Jang terletak di Bahagian Pertahanan yang kental disamping kebolehan Penyerang mereka menyambar peluang dicelah-celah kealpaan pertahanan Sang Kijang. You deserve it Jang!! Anyway overall it was an entertaining and interesting Malaysia Cup Final. SYABAS and KUDOS to both teams.......Oh..sat..sat..satu perkara yang Tok Abah nak cakap sikit. Pasal segelintir penonton yang bertindak di luar batasan tu...Lain kali tengok TV kat rumah lagi elok.....tak lah potong steam orang yang nak tengok permainan yang berkualiti...Bukan tak boleh sorak. Soraklah sekuat manapun tapi jangan nak cetuskan pergaduhan..ini untuk kedua-dua pasukan....Kalah menang biasalah adat permainan. Jangan kita dok ikut depa yang kat luar negeri tu...depa tu yang buat tak senonoh tu sebab depa mabuk takpa lah (tu pun bukan semua, sebahagian saja!)...kita ni apa pasai nak buat macam tu??? HIDUP BOLA SEPAK PIALA MALAYSIA!!!!