Friday, February 27, 2009

Saturday, February 7, 2009

Ikhtibar

Apa yang berlaku di Negeri Perak Darul Ridzuan sehari dua ini harus menjadi ikhtibar ataupun pengajaran kepada semua orang terutama parti-parti serta orang-orang politik. Masing-masing mempunyai strategi masing-masing untuk menjatuhkan lawan. Tapi kita cuma merancang dan yang menentukan ialah Yang Maha Kuasa. Tengoklah sendiri! Orang tua-tua selalu ingatkan hati-hati bermain senjata kerana silap-silap haribulan, senjata makan tuan. Kalau dah jadi haa kenalah terima hakikat apatah lagi keputusan dah dibuat oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak sendiri setelah mengambil masa agak lama menimbang apa yang terbaik untuk dititahkan.Kita harap semua akan reda dan rakyat perak akan dapat menerima keputusan Sultan dan meneruskan penghidupan seperti biasa tanpa ada serabut di fikiran. Kalau rakyat dah terima siapa pun tak boleh buat apa...Lagipun dia orang tu dah lebih sikit walaupun simple majoriti dengan bantuan ahli bebas.Teman ingat udah-udahlah tu..Kita tengok orang baru pula macam mana, orang Pangkor entah-entah lebih baik mana tahu..Hidup Yob, Hidup Yong!

Sunday, February 1, 2009

Terima Kasih Sahabat Perlis Fm

Tok Abah baru balik dari Bukit Air, Perlis kerana menghadiri Perhimpunan Sahabat Perlis Fm. Terima kasih lah sahabat-sahabat Perlis Fm yang masih ingat walaupun Tuk Abah dah setahun berpindah ke Kedah Fm. Wah...sedap makan gulai rebung dan asam pedas keladi. Sayang...Tok Abah tak pandai makan sambai dan ulam kalau tidak lagi kick....Tahniah kepada Perlis Fm kerana dapat bawa YAB Dato' Seri Mohd Isa Sabu Menteri Besar bersama-sama ke Pondok Dusun Durian di Bukit Air tu......Terima kasih sekali lagi kepada KBR Purkhan Mokhtar, Bang Li (S.Ghazali), Pak Cik Rock, Pak Long Kob, Lan Santana dan seluruh warga Sahabat Perlis Fm. Semoga semangat setiakawan yang sedia ada diteruskan dan disuburkan. Eratkan silatulrahim, jauhkan permusuhan...